 Blog For Free!
Archives
Home
2004 October
2004 September
My Links
puisi kita
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
SIRNA oleh Fathullah LuqmanMusik oleh Fathullistiwa Vokal oleh Puteri
Dan telah kunyatakan segala rahsia jiwa
Hanya untuk mu
Hanya kaulah yg satu bagi ku
Dan hanya engkau yg memahami diriku
Dulu kini pasti ku bersaksi
Dan hanya untuk mu
Dulu kini dan selamanya
Dan telah ku berjanji.... Setia
Suaramu sejelas mimpi ku yg semalam
Bagaikan baru sekejap tadi kita bersama
Dan ku tengelam lebih dalam
Dari mimpiku yang semalam
Telah ku nanti saat ini
Saat mula bersua...
Dua jiwa... Dua jiwa
Tiada lagi rasa sunyi sepi
Kerna kini ku tahu
Kau senantiasa disisi
Tiada lagi rasa sunyi sepi....
Kerna kini ku tahu....
Ku milik mu
Sirna
Segala rasa gelisah
Pastikan hari kan cerah kembali....
Pasti
Dan sirna segala resah
Sirna segala rasa yang ada
Sedalam dasar jiwa luka
Yang sekian kalinya......
Telah terubat jiwa ku kini
Pasti
|
| Bab 3 :: Keropok Lekor |
| 09.30.04 (6:51 am) [edit] |
Fatin kembali bersama secangkir kopi kegemaran ku dan sepinggan keropok lekor. Dia menghulurkan cangkir itu dan meletakkan keropok itu di atas meja.
“Ermmm... mana anak Mama dapat keropok ni?” aku bertanya.
“Fatin beli kat kedai Mak Milah. Fatin ternampak dia menggoreng keropok ni… teringat Mama suka keropok ni. Fatin pun beli la.” Jawabnya sambil mencium lembut pipiku.
“Anak Mama naughty sekarang ni… dah pandai singgah-singah? Kan Mama dah pesan kalau balik sekolah tu jangan singgah mana-mana. Tak ingat ke?” marah ku lembut.
“Alah…. Ma… Fatin sayang kat Mama. Tak nak Mama kempunan. Kan hari tu Mama ada sebut dah lama tak makan keropok ni. Apa salahnya Fatin singgah sekejap dan belikan untuk Mama. Kebetulan hari ini Fatin tak ada kelas tambahan – balik lekas sikit," jawabnya manja.
“Fatin, bukan Mama tak appreciate apa yang Fatin lakukan. Malahan Mama bangga dengan anak Mama yang sorang ni. Bukan aja pandai tapi sangat perihatin terhadap Mama. Dan lebih dewasa dari anak-anak yang sama umur dengan Fatin. Tapi…. “
“OK mama…. Fatin tahu….. takut nanti terjadi sesuatu yang tak diingini dan Mama akan risaukan Fatin. Dah selalu Fatin dengar dialog itu Ma.. Dah naik cair taik telinga Fatin ni mendengarnya..." dia menyampok sambil tersenyum.
“Fatin, Fatin tahukan… Fatin adalah satu-satunya yang Mama ada. Mama tak ada anak lain. Kalau terjadi apa-apa pada Fatin, Mama tak dapat nak maafkan diri Mama..” aku mula teresak-esak. Tak dapat aku bayangkan bagaimana keaadan aku jika aku kehilangan satu-satunya permata hatiku ini.
“Jangan cakap macam tu Ma. Jangan bersedih. Fatin tahu mama sangat sayangkan Fatin. Fatin juga tak sanggup kehilangan Mama. Mama adalah satu-satunya yang Fatin ada di dunia ini. Fatin tak ada sapa-sapa, Ma. Kalau boleh Fatin nak Mama senantiasa bersama Fatin selama-lamanya.”
Airmatanya mula mengenang di kelopak matanya. Sayu aku mendengarnya. Lantas aku memeluknya erat seolah-olah tidak mahu aku melepaskannya sampai bila-bila. Dia juga membalas pelukanku dengan erat.
|
|
|
| |
| Bab 2 :: Nisfu Sya'aban |
| 09.29.04 (11:41 am) [edit] |
“Ma, kita solat berjemaah ya. Malam ni kan malam Nisfu Sya’aban ma?” suara itu, suara Fatin, puteri tunggalku yang amat aku sayangi.
“Iyalah, kita solat berjemaah. Pergilah ambil wuduk. Mama tunggu di sini ”
Aku sangat bersyukur kepada Allah SWT yang memberikan aku kesempatan untuk hidup mengenal dunia, menguji kekuatan mental dan fizikalku untuk terus melayari kehidupan ini walaupun Dia memberikan ku berbagai-bagai cabaran. Aku percaya Dia tak akan menguji aku jika bahu aku tidak boleh memikul ujianNya.
Ya Raab! Betapa kerdilnya aku di bumiMu ini. Betapa Engkau telah memberikan aku nikmat yang tak terhingga dan masa-masa yang indah di dalam hidupku walaupun hidup ini serba sederhana. Tapi aku bahagia. Bahagia dengan pemberianMu terutama sekali puteriku, Fatin. Semoga Kau akan terus menunjukkan kami ke jalan Siratulmustaqim dan memelihara Kami dari api neraka.
Usai solat magrib, kami mengerjakan 2 rakaat solat sunat Nisfu Sya'aban dan terus membaca Surah Yasin dan Surah Ikhlas.
“Ma, biarkan saja kat situ. Nanti Fatin kemas. Mama pergilah berehat. Dari tadi Fatin tengok Mama belum berehat pun. Tekun siapkan kerja Mama. Mama [i]rest[/i] dulu ok. Nanti Fatin buatkan air kegemaran Mama, ya."
"Mama, malam ni kita sahur bersama. Esok kita puasa sunat. Mama tak payahlah masak untuk sahur. Biar Fatin jer yang buat,” sambungnya lagi.
Itulah puteriku. Dia pandai mengambil hatiku dan sangat perihatin terhadap keperluan kami walaupun usianya baru saja menginjak dua belas tahun. Namun dia sebenarnya lebih dewasa jika dibandingkan dengan anak-anak yang seusia dengannya.
Aku faham benar dengan keperihatinnya itu. Kalau dia yang menyediakan sahur, itu bermakna kami dua beranak akan bersahur sandwic dan salada ataupun susu dan bijirin. Walaupun ringkas, menikmatinya berdua seakan menikmati satu hidangan yang lazat dan istimewa kerana ia disediakan oleh Fatin.
|
|
|
| |
| Chapter 1 |
| 09.29.04 (11:29 am) [edit] |
Disini aku berdiri menikmati keindahan matahari senja yang akan menghilangkan dirinya dan memberi laluan pada bulan dan bintang untuk menghiasi langit yang terbentang luas. Alangkah indahnya anugerah tuhan ini. Inilah salah satu kebesaranNya – keindahan senja yang tercoret saperti satu lukisan di atas kanvas yang tersergam indah.
Senja… saperti usiaku yang semakin senja…. tak terasa telah 33 usiaku sekarang. Jelas, tidak lama lagi angka 4 akan menggantikan angka 3 itu dan aku akan menjadi seorang wanita sesenja ini. Ah! Betapa cepatnya masa berlalu dan aku masih saperti dulu, tidak berubah. Masih lagi menggantung sejuta impian saperti bintang-bintang yang berjuntai di langit biru dan mengharapkan keajaiban akan terjadi. Keajaiban yang terus menerus bermain difikiranku.
Sampai bila aku harus terus mengharap? Sampai bila? Kemanakah hari-hari itu pergi? Kemanakah aku selama ini? Adakah diri ini sudah hilang bersama waktu yang berlalu itu? Adakah aku terlalu leka dan tidak merasa waktu-waktu yang berlalu itu sehinggakan aku tidak sedar yang usiaku semakin hari semakin meningkat?
Ah! Aku tahu dan aku sedar. Semuanya terhenti sejak aku berusia 20 tahun. Aku yang sekarang tetap sama saperti aku yang dulu, seorang gadis berusia 20 tahun yang penuh dengan mimpi dan impian. Aku tak mampu berbuat apa-apa selain dari bermimpi dan terus bermimpi.
Azan maghrib mula kedengaran dari masjid yang berdekatan. Aku mergerling ke sejadah di hujung kamar. Dengan pantas aku menutup jendela dan terus menghayunkan kaki untuk mengambil air suciMu.
Sudah tiba masa untuk menyembahMu, mendekatkan diriku padaMu. Semoga dengan pendekatan ini aku akan terus mendapatkan kemurnian hati dan kedamaian jiwa lantas memberikan aku kekuatan untuk meneruskan sisa-sisa kehidupanku. Lebih kuat dari masa mudaku dan agar aku menjadi lebih dewasa dan mampu berfikir secara logik berdasarkan realiti.
|
|
|
| |
|
SELAMAT DATANG KE BLOG CERPEN INI. SILALAH BERI KOMEN ANDA DI TAGBOARD DI SEBELAH KANAN. TERIMA KASIH.
|