sastera


Blog For Free!


Archives
Home
2004 October
2004 September

My Links
puisi kita

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)


SIRNA oleh Fathullah Luqman


Musik oleh Fathullistiwa
Vokal oleh Puteri


Dan telah kunyatakan segala rahsia jiwa
Hanya untuk mu
Hanya kaulah yg satu bagi ku
Dan hanya engkau yg memahami diriku
Dulu kini pasti ku bersaksi
Dan hanya untuk mu
Dulu kini dan selamanya
Dan telah ku berjanji.... Setia

Suaramu sejelas mimpi ku yg semalam
Bagaikan baru sekejap tadi kita bersama
Dan ku tengelam lebih dalam
Dari mimpiku yang semalam
Telah ku nanti saat ini
Saat mula bersua...
Dua jiwa... Dua jiwa

Tiada lagi rasa sunyi sepi
Kerna kini ku tahu
Kau senantiasa disisi
Tiada lagi rasa sunyi sepi....
Kerna kini ku tahu....
Ku milik mu

Sirna
Segala rasa gelisah
Pastikan hari kan cerah kembali....
Pasti
Dan sirna segala resah
Sirna segala rasa yang ada
Sedalam dasar jiwa luka
Yang sekian kalinya......
Telah terubat jiwa ku kini
Pasti



Bab 11 :: Jemputan Kahwin
10.22.04 (7:43 pm)   [edit]
“Ah dah balik pun Lia,” sapa Umi ketika aku melangkahkan kaki ke dalam rumah. “Tadi Farah dan keluarganya datang bersama Malique.” sambung Umi. “Lia tentu ingat Malique kan? Teman sekuliah Lia….”

“Ada apa mereka datang, Mi?” tanyaku saperti orang bodoh. “Mereka menjemput kita ke rumah mereka bulan depan. Farah akan bernikah dengan Malique.”

Aku terkejut dengan berita itu. Tak pernah terlintas di fikiranku yang mereka akan bernikah sebelum tamat pengajian mereka. Apakah ini hanya salah satu [i]joke[/i] Farah padaku? Adakah dia sengaja mahu membakar perasaanku waktu itu?

“Kan Farah belum habis kuliah. Kenapa tak tunggu sampai kuliah habis baru kawin? Boleh ker dia [i]cope[/i] tanggung jawab dia sebagai pelajar dan isteri sekaligus?” soalku bertubi-tubi.

Umi merenungku. Satu renungan yang amat dalam… pertama kali aku merasakannya.

“Lia, Farah tu kan sepupu Lia, anak saudara Abah. Malique pula teman sekuliah Lia. Lia tahukan yang ibubapa Malique akan ke Mekah tak lama lagi? Dan mereka mahu Farah dan Malique disatukan sebelum mereka pergi, “ terang Umi dengan lembut.

“Tapi Mi, kenapa kawin? Kan mereka boleh bertunang dulu? Lia rasa itu lebih baik dan Lia tak fikir yang Farah boleh menjadi seorang isteri yang baik pada Malique untuk waktu yang terdekat ini, Mi,” jawabku antara kedengaran dengan tidak.

Umi mengusap rambutku. Tit tit tit tit telefon bimbit ku berbunyi. Ah, sms dari Farah. Apa lagi yang dia mahukan.

“Hi Lia. Tentu sekarang kau dah dengar tentang berita perkawinanku dengan Malique. [i]Well[/i], tak kan kau tak nak ucapkan taniah kat aku. Tak per. [i]Anyway[/i] esok aku dan Malique akan jumpa kau dan waktu itu kau boleh [i]congratulate[/i] aku.”

Entah mengapa aku merasakan yang Farah hanya mahu menunjukkan kehebatan dan kemenangannya. Dan saperti selalu sengaja membakar perasaanku. Bukan dia tak tahu yang aku separuh nyawa mencintai Malique.

Bukan dia tak tahu akulah yang sering membebat luka Malique setiap kali dia melukakannya. Bukan dia tak tahu akulah yang menggembirakan hati Malique tatkala dia berduka – berduka kerana sikapnya.

Dan Malique… dia datang sesuka hatinya dan pergi semahunya dan aku senantiasa dan tetap menerima peralihan itu.
 
Bab 10 :: Dia Menang
10.22.04 (7:33 pm)   [edit]
“Nah sekarang kau lihat, Lia. Siapa yang lebih hebat,” kata Farah dengan angkuh sambil berlalu meninggalkan aku sendiri ketika aku menemuinya petang itu.

Ya, kau menang Farah dan aku, Aliyaah binti Dato’ Zuki tewas merebut seorang lelaki bernama Malique.

Farah adalah sepupuku dari sebelah bapa. Kami memang berlainan rasa. Sejak dari kecil lagi Farah selalu bersaing dengan aku. Apa saja yang aku inginkan akan menjadi keinginannya juga termasuk Malique. Kami tidak pernah cuba berbaik. Pada Farah aku senantiasa menjadi saingannya yang perlu ditewaskan.

Kami belajar di universiti yang sama. Bila Farah mendapat tahu yang aku menaruh hati pada Malique dia memintas dan berjaya. Farah mempunyai paras rupa yang cantik, pandai menggoda dan bukan tandingan aku. Setahu aku Farah sudah pun mempunyai kekasih yang jauh lebih hebat dari Malique.

Naluriku selalu menyapa dan mengatakan yang dia membalas cinta Malique hanya untuk membuat aku rasa kecewa selain dari menewaskan aku di dalam permainannya.

Ah salahku juga. Aku membiarkan Farah membaca sms Malique diskrin telefon bimbitku kerana mahu meminjam notaku. Sejak itu, Farah sering mencari aku di kampus dan di rumah. Dia sering mendesak agar aku kenalkan dia pada Malique walaupun aku mengelak sehingga pada petang Sabtu itu dia terserempak aku dengan Malique di KLCC. Dia menegur kami dan memperkenalkan dirinya pada Malique.

Sejak itu, Malique tidak lagi meluangkan masa bersama aku melainkan dia memerlukan nota-notaku. Farah pula, setiap kali dia bersama Malique, dia akan sms aku. Dia sengaja membakar perasaanku.

 
Bab 9 :: E-mel Darinya
10.18.04 (4:34 pm)   [edit]
Aku kembali pada e-mel tadi dan membaca kandungan sekali lagi.

[i]Sayang Lia….

Aku tahu tentu engkau terkejut menerima e-mel ni setelah sekian lama aku menghilangkan diri. Tapi Lia, percayalah, walauapa yang telah aku lakukan pada kau, aku tak pernah lupa pada kau… tak pernah sekali pun dalam hidup aku… terutama sekali kau ada menyimpan hak aku yang paling berharga. Aku akan pulang minggu depan dan aku harap kau sudi menemui aku nanti.[/i]

E-mel yang ringkas dan sungguh memeranjatkan. Aku sama sekali tidak menduga akan menerima e-mel itu darinya setelah sekian lama. Hampir empat belas tahun kami terptus hubungan dan kini dia muncul semula. Mengapa? Hati aku terus tertanya-tanya.

 
Bab 8 : Mama Penat
10.18.04 (4:30 pm)   [edit]
Tuk! Tuk! Tuk! “Ma are you OK? Ma..” laung Fatin sambil melangkah masuk ke kamar ku.

Aku cepat-cepat menukar skrin computer ku agr dia tidak nampak emel ity.

“Ma…. Are you OK?” tanya fatin lagi sambil mencium pipiku.

Aku tersenyum hambar asmbil menganggukkan kepala.

“Are you really OK? You don’t look fine to me”

“I’m OK sayang. Don’t worry… mungkin mama penat sikit.. tu ja.”

“Tu la mama.. Kalau dah kerja tak ingat nak rehat. Cubalah sekali sekala tu relax sikit” leternya lagi.

Aku tersenyum mendenagr leterannya. “ermmm anak mama cari mama ni mesti ada apa-apa kan… anak mama nak apa pula kali ni ermm?”

Fatin tersenggih “Fatin nak tanya mama sikit la… Esok bookfair kat PWTC dah mula… Fatin ingat nak ajak mama pergi boleh tak?” rengek Fatin manja.

Fatin memang suka membaca. Satu tabiat yang diwarisinya dari daddynya. Itu tak dapat aku nafikan.

“ermm kalau itu boleh sayang tapi tak boleh pergi esok. Esok mama sibuk.. What about Friday afternoon? Friday afternoon mama free. Ok sayang?” kataku sambil melihat IPQAku.

“OK. Mama janji OK? Mama jangan lupa pula.” Katanya

“Iyalah sayang mama janji. Tengok mama dah masukkan kat dalam appointment mama ni. “

“Alah mama tu bukan apa… selalu ja lupa…” kata Fatin tsambil ersenggih. “Okla ma. Dah lewat ni. Fatin nak tidur dulu. Mama jangan tidur lewat tau. Tengok mata tu.. dah macam panda dah..” usik Fatin. “Goodnight ma” sambil mencium pipiku dan berlalu pergi.

 
Bab 7 :: Hanya Mimpi
10.17.04 (9:34 am)   [edit]
Ah kau ego, Malique. Kau lelaki ego! Tetapi aku perumpuan bodoh yang tetap dengan cinta ku sehingga di saat kau mahu diijabkabulkan dengan Farah aku masih mengharapkanmu, agar kau menukar fikiranmu, mengejarku dan meninggalkan Farah dalam seribu sesal yang menggunung kerana selama ini dia sering mencalar hatimu. Tetapi itu tak pernah terjadi. Ia hanya mimipku disiang hari.

Kau katakan padaku usah diharap cintamu kerana ia tidak akan menguntum walaupun disiram kasih, dibaja rindu Kau hanya kesian padaku dan ia tidak akan bertukar cinta. Hatimu sudah dan hanya dipenuhi oleh cinta Farah.

“Kita kawan, Lia. Kita tetap kawan walaupun aku sudah menjadi milik Farah. Itu janji aku padamu, Lia.”

Ah hampir gugur jantungku mendengar ikrarmu. Maafkan aku, Malique. Aku tak mampu menukar perasaan cintaku ini pada satu perasaan yang lain. Aku tak mampu, Malique. Kau menghina aku!
 
Bab 6 :: Cintaku Tidak Pernah Mati
10.17.04 (9:20 am)   [edit]
Aku tak mampu memaksa mu Malique kerana keputusan ada di tangan mu. Aku cuma orang kedua sebagai sisa selepas Farah. Sering kali aku rasa terhina dengan sikapmu tetapi tidak semudah itu untuk aku membencimu saperti juga cintamu pada Farah.

Benarlah mata orang bercinta sering buta. Ya, saperti aku. Ku tadah hibamu, ku rawat lukamu, ku tiupkan semangat di jiwamu yang hampir mati di saat-saat Farah mengoyakkan hatimu. Tapi, bila kau pulih, kau tinggalkan aku… menganyam resah kesendirian.

Tapi cinta ku pada mu tak pernah mati. Aku tetap menunggumu agar esok bila hatimu dikecewakan lagi aku bisa merawatnya dan aku bahagia di saat kau di sisi biarpun hanya sekadar penghibur.

Malique, kau menjajah hati ku… saperti Portugis menjajah Melaka… sama saperti Belanda, British dan Jepun menjajah Tanah Melayu – kejam dan sering membakar. Begitu juga dengan kau... sering kejam dan membakar hatiku.. mengurung jiwaku dan mengikat aku dengan rantai cintamu.

 
Bab 5 :: "Sayang..."
10.02.04 (2:46 pm)   [edit]
Sampai saja di rumah, Fatin terus ke kamarnya. Ermmmm... merajuk betul dia dengan aku. Tak apalah. Biarlah dia sejukkan hatinya dulu. Aku terus ke kamarku dan menukar pakaian. Setelah itu, aku pun check email aku. Saperti selalu banyak email yang aku terima. Ada yang minta aku confirm temujanji dan juga untuk mengadakan workshop. Sedang aku meneliti email aku satu persatu, tiba-tiba mata aku terpandang….. “Sayang.….”

Terkedu aku sebentar bila melihat title email ini. Hanya seorang saja yang menggunakan title ini dengan aku. Apakah? Mungkinkah dia? Benarkah? Berbagai-bagai persoalan timbul di benak ku. Tapi mengapa? Mengapa setelah sekian lama menghilang baru kini dia muncul semula? Apa yang dia mahukan? Arrrgh... aku sungguh tidak mengerti…..

Aku memejamkan mata. Aku biarkan fikiranku hanyut di masa silam…. Ke suatu zaman yang dikenali sebagai remaja….
 
Bab 4 :: Lamunan Malam
10.01.04 (2:29 pm)   [edit]
Fatin, gadisku yang periang. Dia seorang pemerhati yang bijak dan telus. Aku akui kadang-kadang aku tak dapat nak memintas kata-katanya. Fatin bukan hanya mirip sekali dengan dia tetapi Fatin juga seorang anak yang bijak, teliti, boleh memberi kritikan yang membina.

Pada diri gadisku ini, aku menemuikan dirinya. Mereka begitu mirip antara satu sama lain. Matanya, alisnya, pipinya yang tembam sampai pada bibirnya yang penuh! Ternyata Fatin adalah klon dia dan setiap kali aku menatap wajahnya rasa haru biru itu menyelubungi jiwaku, mengalirkan butir-butir mutiara yang terhias di pelupuk.

Malam ini aku membawa Fatin ke Restoran Sri Melaka di Petaling Jaya. Terasa rindu dengan masakan mi goreng. Kami memilih sudut yang terbaik agar tidak diganggu. Namun entah mengapa, makan malam kami terasa seakan sepi sekali. Hanya terdengar suara Fatin saja yang mencelah sekali sekala memberitahu aku akan kegiatan sekolahnya. Aku lebih banyak diam dan asyik mengelamun saja. Setelah membayar makanan kami, tanpa berlengah lagi aku terus mengajak Fatin pulang. Aku memandu dengan berhati-hati. Aku mahu sampai ke rumah secepat mungkin. Aku mahu menikmati keindahan malam dengan bintang-bintang yang berkedipan dan senyuman manja bulan yang menghiasi dada langit yang gelap.

“Ma, sejak akhir-akhir ini Fatin tengok mama asyik mengelamun jer. Kenapa ma?” Fatin bertanya pada ku tanpa menoleh ke arahku.

“Isy mana ada. Ermmm ada-ada saja anak mama ni. Mama tak lah selalu sangat mengelamun cuma kadang-kadang jer.” Aku cuba mengelak. Aku tak mahu Fatin mengorek apa-apa pun dari aku.

“Alah mama ni selalu camnie, kalau ditanya jawabnya “tak ada apa-apa.” Susah ker nak beritahu Fatin?” katanya dan tetap terus memandang ke hadapan.

Aku mengerling Fatin. Aduh wajahnya saling tak tumpah dengan wajah dia. Aku tak ingin berbicara lebih jauh lagi, lebih baik diam dari pada terus berdalih. Aku tahu itu akan membuat Fatin tertanya-tanya di dalam hatinya tapi biarkanlah. Aku tahu sifat dia, sifat yang diturunkan Allah pada Fatin.


 
Bab 3 :: Keropok Lekor
09.30.04 (6:51 am)   [edit]
Fatin kembali bersama secangkir kopi kegemaran ku dan sepinggan keropok lekor. Dia menghulurkan cangkir itu dan meletakkan keropok itu di atas meja.

“Ermmm... mana anak Mama dapat keropok ni?” aku bertanya.

“Fatin beli kat kedai Mak Milah. Fatin ternampak dia menggoreng keropok ni… teringat Mama suka keropok ni. Fatin pun beli la.” Jawabnya sambil mencium lembut pipiku.

“Anak Mama naughty sekarang ni… dah pandai singgah-singah? Kan Mama dah pesan kalau balik sekolah tu jangan singgah mana-mana. Tak ingat ke?” marah ku lembut.

“Alah…. Ma… Fatin sayang kat Mama. Tak nak Mama kempunan. Kan hari tu Mama ada sebut dah lama tak makan keropok ni. Apa salahnya Fatin singgah sekejap dan belikan untuk Mama. Kebetulan hari ini Fatin tak ada kelas tambahan – balik lekas sikit," jawabnya manja.

“Fatin, bukan Mama tak appreciate apa yang Fatin lakukan. Malahan Mama bangga dengan anak Mama yang sorang ni. Bukan aja pandai tapi sangat perihatin terhadap Mama. Dan lebih dewasa dari anak-anak yang sama umur dengan Fatin. Tapi…. “

“OK mama…. Fatin tahu….. takut nanti terjadi sesuatu yang tak diingini dan Mama akan risaukan Fatin. Dah selalu Fatin dengar dialog itu Ma.. Dah naik cair taik telinga Fatin ni mendengarnya..." dia menyampok sambil tersenyum.

“Fatin, Fatin tahukan… Fatin adalah satu-satunya yang Mama ada. Mama tak ada anak lain. Kalau terjadi apa-apa pada Fatin, Mama tak dapat nak maafkan diri Mama..” aku mula teresak-esak. Tak dapat aku bayangkan bagaimana keaadan aku jika aku kehilangan satu-satunya permata hatiku ini.

“Jangan cakap macam tu Ma. Jangan bersedih. Fatin tahu mama sangat sayangkan Fatin. Fatin juga tak sanggup kehilangan Mama. Mama adalah satu-satunya yang Fatin ada di dunia ini. Fatin tak ada sapa-sapa, Ma. Kalau boleh Fatin nak Mama senantiasa bersama Fatin selama-lamanya.”

Airmatanya mula mengenang di kelopak matanya. Sayu aku mendengarnya. Lantas aku memeluknya erat seolah-olah tidak mahu aku melepaskannya sampai bila-bila. Dia juga membalas pelukanku dengan erat.
 
Bab 2 :: Nisfu Sya'aban
09.29.04 (11:41 am)   [edit]
“Ma, kita solat berjemaah ya. Malam ni kan malam Nisfu Sya’aban ma?” suara itu, suara Fatin, puteri tunggalku yang amat aku sayangi.

“Iyalah, kita solat berjemaah. Pergilah ambil wuduk. Mama tunggu di sini ”

Aku sangat bersyukur kepada Allah SWT yang memberikan aku kesempatan untuk hidup mengenal dunia, menguji kekuatan mental dan fizikalku untuk terus melayari kehidupan ini walaupun Dia memberikan ku berbagai-bagai cabaran. Aku percaya Dia tak akan menguji aku jika bahu aku tidak boleh memikul ujianNya.

Ya Raab! Betapa kerdilnya aku di bumiMu ini. Betapa Engkau telah memberikan aku nikmat yang tak terhingga dan masa-masa yang indah di dalam hidupku walaupun hidup ini serba sederhana. Tapi aku bahagia. Bahagia dengan pemberianMu terutama sekali puteriku, Fatin. Semoga Kau akan terus menunjukkan kami ke jalan Siratulmustaqim dan memelihara Kami dari api neraka.

Usai solat magrib, kami mengerjakan 2 rakaat solat sunat Nisfu Sya'aban dan terus membaca Surah Yasin dan Surah Ikhlas.

“Ma, biarkan saja kat situ. Nanti Fatin kemas. Mama pergilah berehat. Dari tadi Fatin tengok Mama belum berehat pun. Tekun siapkan kerja Mama. Mama [i]rest[/i] dulu ok. Nanti Fatin buatkan air kegemaran Mama, ya."

"Mama, malam ni kita sahur bersama. Esok kita puasa sunat. Mama tak payahlah masak untuk sahur. Biar Fatin jer yang buat,” sambungnya lagi.

Itulah puteriku. Dia pandai mengambil hatiku dan sangat perihatin terhadap keperluan kami walaupun usianya baru saja menginjak dua belas tahun. Namun dia sebenarnya lebih dewasa jika dibandingkan dengan anak-anak yang seusia dengannya.

Aku faham benar dengan keperihatinnya itu. Kalau dia yang menyediakan sahur, itu bermakna kami dua beranak akan bersahur sandwic dan salada ataupun susu dan bijirin. Walaupun ringkas, menikmatinya berdua seakan menikmati satu hidangan yang lazat dan istimewa kerana ia disediakan oleh Fatin.
 
Chapter 1
09.29.04 (11:29 am)   [edit]
Disini aku berdiri menikmati keindahan matahari senja yang akan menghilangkan dirinya dan memberi laluan pada bulan dan bintang untuk menghiasi langit yang terbentang luas. Alangkah indahnya anugerah tuhan ini. Inilah salah satu kebesaranNya – keindahan senja yang tercoret saperti satu lukisan di atas kanvas yang tersergam indah.

Senja… saperti usiaku yang semakin senja…. tak terasa telah 33 usiaku sekarang. Jelas, tidak lama lagi angka 4 akan menggantikan angka 3 itu dan aku akan menjadi seorang wanita sesenja ini. Ah! Betapa cepatnya masa berlalu dan aku masih saperti dulu, tidak berubah. Masih lagi menggantung sejuta impian saperti bintang-bintang yang berjuntai di langit biru dan mengharapkan keajaiban akan terjadi. Keajaiban yang terus menerus bermain difikiranku.

Sampai bila aku harus terus mengharap? Sampai bila? Kemanakah hari-hari itu pergi? Kemanakah aku selama ini? Adakah diri ini sudah hilang bersama waktu yang berlalu itu? Adakah aku terlalu leka dan tidak merasa waktu-waktu yang berlalu itu sehinggakan aku tidak sedar yang usiaku semakin hari semakin meningkat?

Ah! Aku tahu dan aku sedar. Semuanya terhenti sejak aku berusia 20 tahun. Aku yang sekarang tetap sama saperti aku yang dulu, seorang gadis berusia 20 tahun yang penuh dengan mimpi dan impian. Aku tak mampu berbuat apa-apa selain dari bermimpi dan terus bermimpi.

Azan maghrib mula kedengaran dari masjid yang berdekatan. Aku mergerling ke sejadah di hujung kamar. Dengan pantas aku menutup jendela dan terus menghayunkan kaki untuk mengambil air suciMu.

Sudah tiba masa untuk menyembahMu, mendekatkan diriku padaMu. Semoga dengan pendekatan ini aku akan terus mendapatkan kemurnian hati dan kedamaian jiwa lantas memberikan aku kekuatan untuk meneruskan sisa-sisa kehidupanku. Lebih kuat dari masa mudaku dan agar aku menjadi lebih dewasa dan mampu berfikir secara logik berdasarkan realiti.
 
SELAMAT DATANG KE BLOG CERPEN INI. SILALAH BERI KOMEN ANDA DI TAGBOARD DI SEBELAH KANAN. TERIMA KASIH.